Kelebihan Bekerja Di Singapura. Bertuah Negeri yang berdekatan dengan Singapura iaitu Johor kerana dapat mencari rezeki halal di negara tersebut. Pasti ramai jugak orang JDT bekerja di sana, kan..
Biasa lah cari pengalaman bekerja di Negara orang, kan..
Walaupun bekerja di Singapura tapi mujur orang kita cerdik. Kerja saja di sana tapi tinggal di Johor. Dari situ dapat dijimatkan kerana kos sara hidup di Singapura memang tinggi..
Lebih menarik gaji yang diterima dalam bentuk Dolar. Menarik, kan kalau ditukarkan dalam bentuk ringgit. Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar - Ringgit Malaysia ialah sekitar 1SGD = RM3.10..
Biasa lah cari pengalaman bekerja di Negara orang, kan..
Walaupun bekerja di Singapura tapi mujur orang kita cerdik. Kerja saja di sana tapi tinggal di Johor. Dari situ dapat dijimatkan kerana kos sara hidup di Singapura memang tinggi..
Lebih menarik gaji yang diterima dalam bentuk Dolar. Menarik, kan kalau ditukarkan dalam bentuk ringgit. Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar - Ringgit Malaysia ialah sekitar 1SGD = RM3.10..
Kelebihan Bekerja Di Singapura
Pastinya sangat menarik, kan. Di blog post ini kami akan cuba terangkan kelebihan mencari kerja di singapura yang ramai tidak tahu atau sudah tahu tapi tak nak kongsikan dengan sesiapa..huhu. Antara kelebihannya selain gajinya yang mahal..
1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang
Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!
2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!
Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.
Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!
3. Mudah Berpatah Balik!
Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.
Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)
4. Sah & Kurang Risiko!
Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.
Itu lah kelebihan mereka yang bekerja di Singapura seperti mana yang disyorkan oleh Panduan Kerja Singapura ini. Yang pastinya untuk bekerja di sana memerlukan anda tahu sedikit ilmu mencari kerja di singapura..
Panduan Mencari Kerja Di Singapura
Anda boleh baca rujukan tersebut, ia akan memudahkan perjalanan anda untuk bekerja di Singapura dan sampai target untuk simpan duit banyak-banyak. Apa yang anda akan tahu dalam rujukan ini ialah..
BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA
BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING
BAB 3 : PENGANGKUTAN
BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN
BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN
Ini sedikit sumber rujukan untuk bekerja dan seharusnya anda tahu. Nanti kalau pergi sendir tak lah kena tipu seperti mana yang terjadi terhadap kawan-kawan anda. Mahukah anda mengetahui selok belok kerja di sana. Anda boleh klik Panduan Kerja Di Singapura ini..
Tamat sudah..
Terima kasih membaca blog post Kelebihan Bekerja Di Singapura..
0 Komentar untuk "Kelebihan Bekerja Di Singapura"